Thursday, March 10, 2011

~sekali lagi~

Aku kehilangan lagi tahun ini.kehilangan yang dijangka namun ku xpercaya secepat ini.2/3 tarikh keramat bagi aku dan lebih2 lagi buat keluarga tunang aku. Hari tu aku banyak bergurau tentang kematian bersama mai. Aku tanye die sesuai atau tak baju kurung yang baru ku beli untuk dipakai semasa ada kematian. (ade few jokes lg tapi aku pun dah xingat) sila jangan contohi saya yang suke wat lawak pasal kematian ini T_T


Aku penat sangat hari tu, balik dari keje rase macam nak terus baring dan tido je tapi hati aku menahan supaya terus mandi dan bersolat asar.selepas mandi dan solat aku menunggu mai bersiap. Ketika itulah tergerak hatiku untuk menghubungi tunang ku,namun bukan die yang menjawab tetapi adik lelakinya dan pecahlah khabar bahawa ibu telah tiada. Saat itu aku terdiam....benarkah?? hatiku tertanya. Nsib baik lah aku xterus tido mase balik aritu kalau x aku pon xtaw lah......aku kemas baju n barang2 peribadi dan terus keluar dari rumah,tahan teksi dan taw2 aku dah naik bas menuju ke Johor. Dan sekali lagi bus yang aku naiki mengalami masalah...belum separuh perjalanan tayar bus pancit!!! Aisshh aritu bus rosak kali ni naik tayar pulak pancit..dugaan sungguh


Dekat 3 lebih aku sampai kat skudai...si dia sudah menunggu.mase tu aku xtaw ape reaksi yang perlu aku berikan kepada die..nk peluk!! Eh.xjadik laki lagi..so diam je la lgpon semalamnya baru lepas gadoh besar,eh.tercerita plak!!


Sampai je terus2 pegi makan lpas tu baru lah balik umah kat Kulai. Hati aku mase tu memang berdebar xpayah kate lah. Terasa xkuat untuk menghadap Jenazah dan ahli keluarga yang lain.mase ni lah kejadian memalukan berlaku, aku terkunci dalam bilik air mase nk ambik air sembahyang...Ya Allah berpeluh2 aku kat dlm tu...nk menjerit malu aku gegar je la pintu bilik air tu kuat2....dan hero penyelamat ialah


(_ _ _ _ _ _)sila isi tempat kosong =)



Ok nak masuk mood sedih ni.........lpas pukul 8 pagi,orang menziarah makin ramai. Jenazah akan dikebumikan dalam kul 10 mase tu.lpas bacaan tahlil dan yasin kitorang diberi mase untuk melihat jenazah buat kali terakhir. Aku kuatkan semangat untuk melihat arwah.tenang wajah arwah ku lihat dan saat aku mengucup wajahnya buat kali terakhir aku melihat segaris senyuman di wajah arwah......dan aku terasa sangat sayu mase itu.rase menyesal kerana masa yang ade aku tak hargai sepenuhnya untuk mengenali ibu dengan lebih dekat. Aku gagal untuk menjadi bakal menantu yang baik. Aku gagal ambik hati die....dan banyak lagilah....+ _+


Ibu seorang yang sangat baik di kala hayatnya...seorang yang menjaga imannya,tuturnya juga auratnya.mementingkan gaya secara sederhana, seorang yang kuat fizikal juga mentalnya. Memetik kate seorang imam yang mengetuai majlis pengkebumian haritu “saya mengenali arwah sebagai seorang sahabat yang sangat baik, seorang hamba yang sangat menjaga imannya”. Aku pula menganggap ibu sebagai wanita yang sangat sabar sebagai seorang isteri, yang sangat amanah sebagai seorang ibu.



Aku mendoakan yang terbaik buat ibu. Moga beliau tenang di sana dan ditempatkan bersama mereka yang terpilih. Di angkat rohnya bersama yang tertinggi. Moga segala amalan yang dibawa diterima oleh Allah.AMIN


No comments:

Post a Comment