Saturday, March 12, 2011

~cinta perlukan pengorbanan~

buat awak yang saya sayang

tiada apa yang dapat kuberikan kepadamu kerana apa yang aku miliki sekarang ini juga ku pinjam dari Pencipta ku. tapi selagi hati ini masih mencintaimu akan ku kongsikan ape yang ku pinjamkan ini kepada mu supaya aku tidak jadi manusia tamak.justeru itu hati ku yang satu ini akan ku guna untuk menyimpan sayang dan cinta ku buatmu,mata ku yang sepasang ini akan ku guna untuk melihat rasa cinta buatku di wajahmu,telinga ku yang dua ini akan ku guna untuk mendengar segala masalah,keluhan dan juga gurauanmu. akan ku guna bibirku ini untuk menasihatimu secara berhemah dan penuh kelembutan.

buat bakal pelindungku

akan ku korbankan perasaanku demi menjaga hatimu. ku sedar kau banyak tanggungannya..biarlah aku jadi orang yang terakhir penting dalam hidupmu, jika itu mampu meringankan bebanmu...tidak akan ku tuntut di akhirat kelak bahagianku. ku telah halalkan sejak dari dunia lagi.akan ku usaha semampuku.akan ku cuba untuk gembirakan hati ini sendirian. mungkin ini pengorbanan yang perlu ku lakukan kerna aku tiada apa untuk dipersembahkan kepada mu...................

buat kau yang ku kasihi

mungkin adakalanya aku terlalu meminta darimu. aku tahu aku tak layak untuk itu kerana ada yang lebih berhak.maafkan aku kerana berperangai seperti ini.aku hanya menunjukkan sifat manjaku dan itu xbermakna aku xmampu untuk berusaha. jadi maaf untuk itu. tapi aku punya 1 permintaan cintai dan layani aku seperti dulu seperti sebelum kau jadi dirimu yang sekarang.sesungguhnya aku bertuah memilikimu. lelaki yang nmpak masa depan,lelaki yang mempunyai perancangan. tapi sayangku ingatlah ade Allah yang maha menentukan.

buat kau yang bakal menjadi nakhodaku

sesungguhnya cinta sahaja xmencukupi walau dilafaz berkali2, ia perlu di baja dan di jaga supaya terus mekar dan subur.dan ia perlu usaha dari kedua belah pihak, kerana jika hanya 1 yang jadi penahanya aku bimbang semakin lama ia akan semakin rapuh dan akhirnya akan rebah menyembah bumi. dan aku xsanngup melihat ia berlaku kerna aku bimbang aku akan jadi orang yang paling tidak kuat. arahkan lah aku ke jalan yang betul supaya aku xterlalu jauh tersesat.aku amat sensitif hatinya jadi tolonglah jangan selalu melukakannya,kerana semakin banyak kesan di hatiku semakin tidak indah ia untuk dipandang.......................


yang mencoret:
cik pidah selamat

No comments:

Post a Comment