Monday, August 9, 2010

marhaban ya ramadan

selamat datang penghulu segala bulan,marhaban ya ramadhan. ramadan kali ni membawa seribu makna dan kelainan dalam hidup aku. dalam kegembiraan menyambut kedatangan bulan barakah ni,aku sedih kerana ini tahun pertama aku sekeluarga berpuasa tanpa abah. abah lah yang mengajar aku supaya berpuasa sejak dari kecil lagi. dulu aku xsuke puase,sebab dulu aku kecik lagi,xpaham makne puase tu. tapi skang ni dah besar,aku lebih menantikan kedatangan ramadan dari meraikan lebaran.sungguh, semakin aku meniti kedewasaan, ku rasekan lebaran semakin kurang serinya.dulu kecik-kecik suke curik2 makan atau minum then g taw mak kakak pose penuh, ahh nakalnya aku dulu.

dulu mase abah lom sakit,blom lupe segala perbuatan die,abah suke belikan kitorang macam-macam makanan.sampai penuh meja.sampai xtaw nk makan yang mane dulu. pastu kitorang makan sampai kenyang giler,smpai kene bebel ngan mak soh cepat2 solat maghrib. tapi bile aku semakin dewasa, aku dah xrase sume tu lagi. abah da mule sakit,mule wat hal sendiri,makan ala kadar,smpai kadang-kadang aku,mak,n adik makan menu yang sama setiap hari. mase tu aku rase sedih n marah pada abah. tapi lepas tu aku rase abah da terlalu lame menanggung kami, sepatutnya die xperlu lagi mengeluarkan duit belanja tapi aku sebagai anak yang perlu membalas jasanya.

esok puasa. dan aku masih lagi terasa abah berada di sisi kami. walau abah dengan dunianya pada penghujung hayatnya, die tetap bapaku.walau abah lupe aku juge anaknya, tapi sejak kecil die yang berusaha menyekolahkan aku sehingga aku di tahap ini. abah pemergiaan mu dirindui. dan kini aku merasakan betape peritnya menjadi anak tanpa seorang ayah

al-fatihah buat abah(selamat bin sabit)14/8/1929-2/7/2010

No comments:

Post a Comment