Tuesday, November 30, 2010

bila hati saling berbicara

Semalam dapat call dari En.cinta hati dari Bahrain..dan saya terus tersenyum sampai hari ini.rindu padanya sudah xtertahan lagi..aku rindu senyumannya,usikan nakalnya,gurauannya, dan segalanya tentang dia...kalaulah aku si Puteri bongsu yang punya kain layangan sudah tentu aku kan terbang mendapatkan ‘Malim Deman’ si pujaan hati.....(hehehe,ayat agak tangkap leleh,kpd sesiapa yang da nk termuntah ala2 wanita mengandung sila berhenti kerana saya xsanggup untuk menaggung segala kos perubatan anda nanti)

Berbeza dengan panggilan lalu, kali ini suaranya,lenggok bahasanya menghanyutkan aku dalam lautan kasihnya (hahaha). Dia lebih senang berbicara tentang impian dan angan2 untuk membina mahligai indah kami satu hari nanti. Dan aku senang sekali mendengarnya. Bukankah aku nanti akan menjadi sebahagian dari tanggungjawabnya,sebahagian dari kehidupannya . sudah tentu aku juga bertanggungjawab dalam merealisasikan impiannya itu.

aku merasakan dia semakin matang kini dalam melalui kehidupan. Mungkin pengalaman mendewasakannya. Aku menerimanya seadanya. Dia adalah dia. Xmungkin aku akan ubahnya menjadi setampan putera dongengan,sesempurna putera kayangan...aku mencintainya kerana kehadiranya kurasakan melengkapkan sebahagian diriku...sungguh.!!

kata orang jangan terlalu mempamer bahagia, kelak bila derita akan ada yang mentertawa...tidak aku di sini bukan sengaja mempamer rasa hati, tapi hanya mencoret secebis kenangan, supaya bila aku terluka akan ade rase bahagia untuk ku kenang.

Buat dia, kesudianmu menyunting aku menjadi menjadi suri hidupmu,memberi seribu kebahagiaan dalam hidupku. Akanku teduhimu dengan kasih sayang ku bersama manisnya cinta. Semoga aku kan menjadi temanmu bukan hanya di dunia tapi juga di syurga nanti sebagai bidadarimu.................

Ikhlas:cik pidah selamat

2 comments: